Rabu, 14 Mac 2012

~persediaan bila pregnant...

Trimester 1


1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2

11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3

23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

kepada rakan-rakan yang budiman, kalo nak tau lebih lanjut lagi bole laa search kat sini okeh... ida pon amik kat sini jugak.... http://pama.karangkraf.com/pama-plus/100-panduan-siap-sedia-bersalin-1.32161

Khamis, 16 Februari 2012

milik ku jua akhirnya.... :)

Alhamdulillah....sangat-sangat laa teruja.... selama ni punya laa dok carii kat mana leh dapat swimming suit muslimah... tapi skung akuu dah dapat... syok nyaa.. lepas nii bole laa p mandi po0l kat bawah... yeaahhhh...
dahhh dapat... nidiaa.....



belom bukak bungkusan lagi... masa ni hati ku berbunga riang,....lalalala :)


hihi cantik kann? nak cari baju renang muslimah punya laa susahhh.. kalo ada pon mahai gila..sampai rm 2++. ada sampai rm3++ pon adaa...hadoii..  lepas ni bole ler p terjun p0ol ngan Iyyad slalu... lalalala :)

Jumaat, 13 Januari 2012

-M.A.I.D-

salam semua kawan2....

perhatian semuaa....!! ida nak cakap sikit nii... kalo de sesapa yang tengah cari maid bole le cari ida oke.. maid dari indonesia,ada yang fresh lom penah keje kat malaysia and ada yg dh de pengalaman bekerja di arab... kalo ada yang berminat.. bole private mesej ida di FB atau di email ida.. amira_safiyya@yahoo.com :) sekian terima kasihh...

Isnin, 9 Januari 2012

Audi x Iyyad punya...

Tadaaa... ni lahh Audi X... hehe Iyyad yang punya... car ni rasanya dah 2minggu kot Iyyad dapat.. tp mummy lom publish kat blog..hehe sori ye cayunk mummy... audi x ni bole control secara manual & auto.. kalo auto, kene guna remote control laa... Iyyad dok kontrol stereng.. mummy atau abah control bg jalan guna remote control... tp huhhh simpan je laa remote control tu dalam almari... coz Iyyad nak control secara manual.. tekan pedal minyak guna kaki dia... hehe anak sapa laa nii pandai sgt nii..hehe :)


ada lagi....


cantik tak audi x Iyyad..? hehe.. kalo sesapa bekenan leh laa order kat ida.. ngeh2x

Ahad, 8 Januari 2012

Lakaran cantek..

Hmmm...kali nak cerita pasai lakaran...lakaran tuu apa ehh?? ntahh.. h0hahaha... xde laa.. nak cerita pasai kabinet dapur laa....bau-baru ni saja laa kami satu family p suvey cabinet dapur...ya la kan..bila dah ada umah seniqi..mesti nak ada cabinet dapur yg comei-comei... konon lengkap sikit laa...hikhik...
walo tak mahai..murah sikit p0wn okeh apa,.....lagi murahh lagi bagus...!!! save budget... duet yang lebihhh bole laa bejoliii....hikhikhik....
okehhh...tak yah cerita panjang...mari kita jamu mata lakaran-lakaran yang telah di buat oleh depa-depa yang saya jumpakk.... :)

1-lakaran yang pertama.....


cantik dakk korang rasa??ni arkitek yg lukis...:)  hihi... korang nak harga brapa?? material dari solid surface plus 3g door.. rm 87++ selepas dapat diskaun 50% ... untuk dapat 5o% tuu korang kene tunggu pemasangan selepas 5bulan dari dari korang kompom buat cabinet dapur kat situu.. charge tuu lom lagi termasuk harga cooker hood + hob + sinki yg ada 2 mangkok tu...tu kene tambah duet lagi... kene bagi downpayment separuhh ehh kalo jadi buat... hihi...

2- lakaran keduaa....



yang ni pon lukisan dari tangan jugakkk.. kat tempat ni best sikit sebab..jmp tokei terus...& tokei diaaa sangat-sangat laa ramah mesra... saya sukaa...!!1 hikhik, okeh.. yang ni material dari konkrit + 3g door + cooker hood +hob + sinki 2 mangkok tuu.. rm9170.. sebenaq nya.. kalo solid surface dalam 400 lagi.. tp bila pikir-pikir balik, baik wat terus konkrit kann..nnt bila2 nak tukaq.. just tukaq cover pintu dia ja.. so murah laa sikit... :)


3- lakaran yang ketiga....


lukisan ni dari komputer...yang ni pulak material dia darii...granite/solid surface + 3g door...+ hood+hob+ sinki total RM 13,577 yang ni ada charge penghantaran rm25o ... hehe mahai dakk?? yg ni takde bar counter coz org tu kata mcm tak sesuai je ada bar counter...hihi.. dia ni baru fresh graduate... :) dua tempat sebelom ni aku p bole wat bar counter..tp dia ni plak kata tak sesuai.. plak tuu cara penjelasan dia mcm agak bosan..hihi.. tapi aku layan je.. tak baek laa kan... kita wat muka 10sen kat dia... sian dia... hihi :)

okehhh laa..selamat menjamu mata ngan lakaran dorang nii yew kengkawan.... :) camat malam...nice dream .. muahh muahhh muahhhh xoxoxo ....